POTONGAN IKAN POLLOCK BERSALUT TEPUNG TEMPURA MASAK MANGGA
Subi Potongan Ikan Pollock Bersalut Tepung Tempura
1 pek
Mangga (siap dihiris)
1 cawan
Bawang (siap dihiris)
¼ cawan
Sos Plum
2 sudu teh
Sos Cili Thai
2 sudu teh
Sos Tiram
1 sudu teh
Minyak Zaitun
¼ cawan
Daun Ketumbar
Daun Bawang
Gorengkan Subi Potongan Ikan Pollock Bersalut Tepung Tempura pada suhu 180°C selama 4 – 5 minit.
Dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak dan masukkan semua sos dengan manga dan bawang yang dihiris kedalam. Biarkan masak dengan sepenuhnya. Tuangkan sedikit air jika perlu.
Masukkan koktel ikan yang digoreng tadi dan gaul sekejap. Hias dengan daun bawang dan daun ketumbar. Koktel ikan sedia untuk dihidangkan.