tajuk bahan-bahan
Subi Potongan Ikan Pollock Bersalut Tepung Tempura 1 pek

Bihun Goreng

Bihun, direndam 400g
Pes cili 2 sudu besar
Sos tiram 2 sudu besar
Kicap 2 sudu besar
Serbuk stok ayam Secukup rasa
Kicap manis Secukup rasa
Serbuk lada Secukup rasa
Garam Secukup rasa

Jeruk sayur

Kubis sebanyak 900g, dipotong segi empat berukuran 1 inci 1 biji
Lobak merah besar, disagat 2 batang
Bawang putih, dihiris nipis 6 ulas
Cili merah, biji dikeluarkan dan dihiris nipis 1 biji
Minyak bunga matahari ⅓ cawan
Air ⅓ cawan
Cuka putih ⅔ cawan
Madu 2 sudu besar
Garam 1 ½ sudu besar
Lada hitam 1 sudu teh

Pilihan

Keropok udang
Telur rebus, dikupas & digoreng
Sambal

tajuk arahan

Jeruk sayur

  1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan kubis, lobak merah, bawang putih, cili dan lada hitam.
  2. Dalam periuk yang kecil, panaskan air, minyak, cuka dan garam. Kacau untuk larutkan garam. Tambahkan madu, kacau dan panaskan larutan itu semula.
  3. Tuangkan larutan jeruk ke atas campuran sayur-sayuran tadi. Selepas itu, toskan dengan dua sudu besar. Biarkan sejuk selama beberapa minit.
  4. Alihkan ke dalam balang “2-quart” dan padatkan. Tutup balang itu dan biarkan sejuk dalam suhu bilik. Kemudian, masukkan dalam peti sejuk—lebih lama dijeruk, lebih sedap.

Subi Potongan Ikan Pollock Bersalut Tepung Tempura

  1. Gorengkan Subi Potongan Ikan Pollock Bersalut Tepung Tempura dalam minyak bersuhu 180°C selama 4-5 minit, atau sehingga perang keemasan.
  2. Keluarkan dan biarkan dahulu.

Bihun goreng

  1. Panaskan kuali dan masukkan bawang besar yang dihiris. Goreng kilas sehingga warna perang keemasan.
  2. Masukkan bihun dan gaul.
  3. Kurangkan panas api ke tetapan paling rendah. Masukkan perasa dan pes cili. Kemudian, goreng kilas sehingga bau harum.

Hidang

  1. Sendukkan bihun goreng ke atas pingga.
  2. Susun sambal, telur, jeruk sayur dan keropok udang di tepi bihun goreng.
  3. Taburkan Subi Potongan Ikan Pollock Bersalut Tepung Tempura yang digoreng ke atas atau ditepi bihun goreng.
  4. Hidangkan.
yellow circle top
tajuk lebih banyak resipi
BM
/
EN
Beli Subi