Lokasi

Syarikat berlokasi di 4572, Jalan Chain Ferry, 12100 Butterworth, Pulau Pinang.

Makanan Laut

Syarikat pemprosesan makanan laut sejuk-beku yang maju dan terkenal di Malaysia

Berkualiti Tinggi

Pelbagai pilihan produk makanan laut Subi buatan tempatan yang berkualiti tinggi.


Subi merupakan salah satu jenama produk makanan laut yang dihasilkan oleh syarikat Golden Fresh Sdn. Bhd (139091-P) yang berlokasi di 4572, Jalan Chain Ferry, 12100 Butterworth, Pulau Pinang.

Syarikat Golden Fresh Sdn. Bhd (139091-P) merupakan sebuah syarikat pemprosesan makanan laut sejuk-beku yang maju dan terkenal di Malaysia. Pelancaran laman web Subi yang baru ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pengguna mengenali dengan lebih rapat lagi jenama produk Subi dimana pelbagai informasi berkenaan dengan produk Subi telah disediakan dalam laman web ini.

Tambahan pula, pengenalan kepada jenama produk Subi ini memberi peluang kepada para pengguna untuk menikmati pelbagai pilihan produk makanan laut Subi buatan tempatan yang berkualiti tinggi, penuh dengan nutrisi, berbaloi dengan nilai wang ringgit disamping dapat memenuhi citarasa para pengguna.

Subi menghasilkan makanan laut sejuk beku yang berkualiti, segar dan mempunyai nilai tambah yang tinggi. Hasil makanan laut yang ditangkap terutamanya dari lautan Atlantik dan Australia telah dijamin kesinambungannya agar sumber makanan laut tersebut dapat diteruskan untuk memelihara kesejahteraan ekosistem lautan disamping dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Hasil lautan yang ditangkap disejukbekukan dengan serta-merta dan diproses mengikut ciri-ciri piawai pemprosesan yang betul agar bahan-bahan pemakanan semulajadi dapat dikekalkan. Seperti yang diketahui ramai, ikan mengandungi nutrisi yang tinggi seperti Omega-3, protein dan mineral yang baik untuk kesihatan. Tambahan pula, produk Subi bebas daripada sebarang lemak tepu.

Jenama produk Subi menawarkan cara memasak yang paling mudah dan sesuai untuk golongan yang sibuk bekerja dimana mereka hanya perlu mengorengkan secara terus tanpa perlu dinyahbekukan terlebih dahulu. Snek makanan laut Subi yang rangup, sedap dan penuh dengan nutrisi ini akhirnya sedia untuk dihidangkan.

Subi merupakan makanan kegemaran yang sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan mereka yang mengamalkan gaya hidup kosmopolitan yang sibuk pada masa kini.

Terima kasih kerana melayari laman web Subi.

Kami mengalu-alukan sebarang maklumbalas, cadangan ataupun pertanyaan berkenaan dengan produk Subi kami.

1-800-888 389 (9am - 6pm)